Ahad, 30 September 2007

Karangan

Karangan SEBAIK sahaja menjejakkan kaki di kafeteria bangunan Marquette University Alumni Union, bebola mata Salehuddin liar mencari sesusuk tubuh milik David Robbins. Entah apa sebabnya David ingin berjumpa dengannya, Salehuddin sendiri kurang pasti. Semalam, selepas tamat kuliah Middle Eastern History, David Robbins menahan Salehuddin di luar pintu. Katanya, dia ingin berbicara dengan Salehuddin pada esok hari di kafeteria ini pada jam 2.30 petang. Macam mustahak sangat bunyinya. Salehuddin menerima pelawaan itu, walaupun dia hanya mengenali David Robbins sebagai salah seorang teman sekuliahnya. David masih belum tiba lagi. Jam di tangan menunjukkan pukul 2.20 petang. Mungkin David sedang dalam perjalanan ke sini. Salehuddin berjalan menuju ke kaunter makanan dan minuman. Perutnya terasa sangat lapar. Suhu musim salju yang terlampau dingin di Milwaukee membuatkan perut sering menjerit minta diisi.

Tiada ulasan: